Teknik Manik 3D Dalam Fesyen Sulaman Manik Terkini

Jika kini, sulaman manik muncul dengan konsep 3D. Tidak ketinggalan juga dengan sulaman tangan. Ia boleh juga menampilkan konsep 3D. Hal ini kerana seperti mana kita menghasilkan teknik kait bulu kambing pada rekaan baju kanak-kanak mahupun baju sejuk. Teknik yang sama juga dihasilkan bagi menampakkan konsep 3D pada sulaman tangan.

Teknik Manik 3D

Di tambah pula dengan teknik bulion yang pelbagai bentuk, sulaman tangan 3D ini pastinya akan memberikan kepuasan kepada para penggemar rekaan baju bersulam tangan sepertimana para penggemar sulaman manik yang inginkan teknik 3D dalam rekaan busana pakaiannya.

Dengan ini, nilainya adalah kepuasan serta seni yang terhasil berbanding dengan harga komersialnya. Ini kerana, konsep 3D yang ditonjolkan memakan masa yang agak lama untuk disiapkan berbanding dengan apa jua rekaan sulaman yang biasa.

Mempelajari Teknik Manik 3D Sukar Bagi Yang Kurang Berminat

Jika anda baru berjinak-jinak dengan sulaman tangan dan manik ini, pastinya anda merasakan ianya sukar dipelajari dan anda mungkin mudah bosan mempelajarinya. Namun, hasil rekaan yang cantik dan benar-benar natural menjadikan faktor utama kepada anda untuk mempelajarinya. Apatah lagi kos upah untuk rekaan sulaman tangan mahupun manik 3D ini adalah tinggi berbanding dengan upah sulaman tangan biasa.

Lagipun, tidak semua penyulam mempunyai kepakaran dalam menghasilkan sulaman tangan 3D ini. Ini kerana mereka masih lagi terikat dengan corak klasik bunga sulam sedia ada yang hanya ditambah dengan kristal dan juga manik sahaja. Jika mereka ingin menghasilkan sesuatu konsep rekaan yang baru, biasanya mereka yang mahir dalam menilai seninya sahaja yang dapat menghasilkan sulaman tangan 3D ini. Jika tidak memadailah dengan konsep sulaman dan corak yang sedia ada.

Konsep Teknik Manik 3D Amat Indah dan Cantik Dihasilkan

Walaupun begitu, sebenarnya konsep 3D yang ditonjolkan ini amat cantik serta menarik sekali. Namun, ianya akan nampak lebih terserlah jika dihasilkan pada fabrik polos. Jika tidak, pastinya sulaman tangan yang dihasilkan tidak akan menyerlah kerana hasil kuntumannya adalah bersaiz kecil.

Tetapi jika ia dihasilkan pada fabrik polos, ia akan lebih menyerlah dan akan memukau setiap mata yang memandangnya. Itulah penangan rekaan sulaman tangan 3D.

Selamat mencuba.

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Sri Classic

Belajar Sulaman Manik Bersama Kami

Jom Ketahui Teknik dan kaedah Yang Betul dalam meguasai sulaman manik Bersama Kami!

Product Name: Teknik Manik 3D 676
Product Rating: 4.6
Summary: A review on Teknik Manik 3D Dalam Fesyen Sulaman Manik Terkini 676
Reviewed by: Akademi Latihan Kemahiran
Price: $159
Tags: fesyen baju manik 3d terbaru, belajar sulam reben, sulam manik, manik labuci baju fesyen, manik 3d, manik manik labuci, manik 3d cantik, sulaman manik 3d, sri manik 3d, fesyen manik terkini, rekaan manik terkini 3d, teknik menjahit manik, sulaman reben terkini, fesyen terkini jahitan manik crumble, corak terkini sulaman manik

Leave A Reply (No comments So Far)

You must be logged in to post a comment.

No comments yet